CIO Agensi

  • Menjadi Pengerusi Jawatankuasa ICT agensi.

  • Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang dapat membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.

  • Bertanggungjawab melantik ahli-ahli jawatankuasa ICT agensi yang terdiri daripada kalangan pegawai/ kakitangan bukan teknikal ICT. Selain daripada itu, Pegawai teknikal ICT dari Kumpulan Sokongan IT (KSIT) berkenaan haruslah dilantik menganggotai ahli jawatankuasa ICT agensi. Ini bertujuan agar kedua-dua pihak dapat bekerjasama untuk memberi perkhidmatan teknikal ICT Yang cekap dan berkesan.

  • Mengoptimumkan penggunaan sumber manusia ahli-ahli jawatankuasa. Sebagai contoh, Pegawai/ Kakitangan bukan teknikal ICT boleh dilantik sebagai "webmaster" serta menyelesaikan masalah-masalah operasi komputer biasa. Manakala, Pegawai ICT(KSIT) boleh memfokuskan tugas teknikal seperti pembangunan dan perlaksanaan sistem.

Fungsi dan Tanggungjawab

  • Menyediakan Pelan Strategik ICT agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat agensi,

  • Memperkemaskin dan menyatupadukan proses-prose yang “cross fucntional” antara bahagian bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan,

  • Menentukan halatuju sistem aplikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian,

  • Memelihara integriti data elektronik dan menggalakkan perkongsian maklumat serta menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam dan luar agensi,

  • Mempromosikan penggunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik agensi dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (champion of change),

  • Membangun dan mengemaskini laman web jabatan,